May 31, 2010

:|: BIAR MUKA X ENSEM, ASALKAN JGN HODOH :|: - PART 4 (FINALE 2)

Terasa agak lama tidak meng update. Penulis bercuti menulis selama 2 hari 2 malam d Cherating akibat demam labi-labi yg memaksanya menjadi lembab. Kali ini, btol. Benar. Tepat. The Grand Finale ! Kita akan menghabiskan cerita yg asek tergantung ni.. Muktamad ! Kita akan tiba di titik noktahnya pada hari ni. Kita akan mulakan hidup baru. Lupakan kisah silam yg menyimpan berbagai rasa dalam rencah kehidupan. Kita mesti bersemangat waja, berjiwa pesona dan berperibadi exora. muahahaha. Ok tuan2. Sebagaimana yg aku telah taipkan d entry yg lalu, Zali dan Zee adalah sahabat karib sejak kcik. Namun, mereka telah hilang perhubungan sejak 10 tahun yg lalu kerana kerja yg d terima oleh keluarga masing2.. Apakah kaitan perhubungan mereka dgn rancangan Zack dan Zana? Marilah kita sama-sama saksikan pengakhiran cerita ini. Jgn ubah channel anda. Nanti terlepas plak. Xde ulangan dh.. huahua. Zeus~


*************************************************



Sejak Zana asek sibuk dgn urusan nya, Zali mnjadi bosan. "Aku bosan dgn cintamu, aku rasa buang masa. Kau selalu mendustakan, cintaku." Zali bernyanyi sambil melompat2 anak d hadapan Nissan Fairlady nya. Tiba-tiba dia terjeling satu kelibat manusia yg pernah d kenalinya satu ketika dulu. Pompuan 2 sedang melompat2 juga. (xtahu kenapa) d hadapan 7E. Dia menghampiri pompuan 2 lalu menyapa nya, "Ni Zee ke?" pompuan 2 mnjawab, "Ye. Dan awak ni..." Bese la, dialog cite melayu. "Ni aku la, Zali. Zali mondok" (nama panggilan yg d beri oleh Zee kpd Zali. "Ooo, kau ke Zali. Lama nya xjumpa. Lu pe cer skang mat?" Seblom Zali smpat mnjawab, Zack kua dr 7E dan terus menyepak Zali. Dia tarik tgn Zee dan mereka pon berlalu pergi dr c2.. Zali yg tersungkur akibat d sepak, bersusah payah bgn dan membuat senaman meregang badan.(pelik btol Zali ni). Dia masih berfikir kenapa dia d sepak tnpa belas kasihan? Mungkinkah laki 2 balak Zee? Tanpa melengahkan masa, dia terus mengekori mereka.. Setelah Zack menghantar Zee pulang, dia terus pergi ke rumah Zana. Zali yg mengekori Zack sejak td, merasa curiga. Pe ke hey nye Zack jmpe Zana plak. Diorg pon pegi bersuka ria d taman permainan kanak2..(tmpat len full, bese la, cuti umum).. 


Zali masih berfikir, terus berfikir dan akan sntiasa berfikir. Mengapa Zana snggup berlaku curang terhadapnya sedangkan dia begitu setia, baik, sopan, tertib, pemalu, pemurah, pemberi duit kpd si Zana. Sungguh durjana  btol perangai Zana 2. Keesokan nya, Zali pergi ke rumah Zee untuk berbual2 kosong. Sedang asek bercerita, mereka tersentuh bab balak ngn awek. Zee pon story telling la sama Zali bgaimana, d mana, bila, dia boleh brknalan ngn Zack 2. Dia mntak maaf bg pihak Zack yg menyepak Zali tnpa sbb. Zali sebenarnya xsmpai hati nk bgtau Zee pasal Zack, tp setelah pikiaq pnya pikiaq, Zali pon habaq la kt Zee apa yg dia nmpk smlm. Zee kelihatan sgt marah dan kecewa serta terkilan d samping menyimpan derita bersama sengsara kerna dia terseksa d atas perlakuan Zack itu. Dia pon berlari ke tiang berhampiran dan memeluk tiang erat2. (mcm cite zaman P.Ramlee) Dia menangis tersesak-sesak kt tiang 2. Zali sgt kasihan melihat kawan nya yg malang 2. Untuk menenangkan Zee, Zali pon membawa Zee pergi ke Spa dan Sauna utk merehatkan bdn. Setelah itu, mereka pergi ke Spa dan Sauna lagi utk kali ke-2. hehe. Selepas puas ber Spa dan Sauna, mereka pergi ke kedai mamak utk pekena roti canai kurang masak dan teh tarik kurang manis. Tengah2 rancak bersembang, diorang ternampak Zack dan Zana melintas d hadapan kdai mamak itu. Zali yg melihat meluap2 la panas, lebih panas dari teh tariknya yg baru smpai td. Zee cuba menenangkan Zali dgn membeli eskrem tp Zali xnk. Dia nk McFlurry. Huh,sempat lg nk memilih. Tp xpe. Tanpa melengahkan masa, diorang mengekori Zack dan Zana. Zack mempunyai niat untuk membeli sebuah kereta dan sebijik lori dgn meletakkan nama Zee sbgai penjamin dan Zana pula ingin membeli tanah dan sebuah resort dgn mencagarkan harta2 si Zali.. Seblom ini, Account milik Zali telah d ubah nama menjadi milik Zana. Begitu jugalah dgn Account milik Zee berpindah milik menjadi milik Zack. Jadi mereka tiada masalah utk meletakkan nama Zali dan Zee sebagai penjamin mereka. Sape x berbulu kan. Suma org pon ada bulu. Tapi bukan 2 yg kita nk cita kan. Org bg duit utk masa dpn yg lebih gemilang, tp diorg nk abeskan duit konon nk buat satu pelaburan.


Zee dan Zali pon berfikir. Setelah lima jam setengah diorg punya pikir, akhirnya Zali keluar dgn satu konklusi. Mereka ingin mengenakan kembali pasangan Zack dan Zana 2. Mereka mengatur satu temujanji d tempat yg sama, hari dan masa yg sama, d sebuah kedai makan yg terletak d tgh2 kota metropolisi. Pasangan Zali dan Zana tiba terlebih dahulu sebelum Zack dan Zee tiba. Zack dan Zana terkejut kerana mereka berada d tmpat yg sama. Tp xpe la. Diorg buat2 xknal je. Kalau ada peluang, pasti mereka bermain mata. Terkenyit-kenyit lebih dr orang sakit mata. Menyampah btol Zali yg melihat. Selepas habis mkn, Zali pon buat2 la jumpa dgn orang2 kenamaan. Begitu juga dgn Zee. Jadi hal ini memberi peluang kepada Zack dan Zana utk blah dari c2 menggunakan kereta Zali. Zali yg sudah dpt mengagak hal sedemikian akan terjadi, telah meminta bantuan daripada polis bantuan. Zack dan Zana pon mula gerak dari c2. Ketika sedang sedap memecut 380 km/h, Zack tiba2 terbersin dan hal ini menyebabkan kereta yg d pandu sebegitu laju hilang kawalan. Kereta yg sedang laju itu terbabas masuk ke kandang kambing dan menyebabkan ramai kambing hilang anak kerana mati d langgar. Selepas itu, kereta itu termasuk dlm reban ayam berhampiran dan mengganggu persenyawaan yg sedang ayam2 itu lakukan. Oleh kerana kereta masih lagi laju dan tiada arah tuju, Zana ingin trjun dari kereta melalui tingkap. Zack yg gelabah kemain ni, terus menekan pedal minyak agar kereta itu menjadi lebih laju. (Zack akan mnjadi bengap ketika panik) Kereta itu meneruskan perjalanan nya, ke kandang lembu. Lembu2 yg tgh syok memerah susu mereka sendiri terperanjat lalu memancutkan susu mereka kpd kereta itu. Akibat dahaga, Zack membuka tingkap dan sempat meneguk seteguk dua susu lembu fresh. Namun, kereta itu tetap tidak dpt d hentikan. Setelah bermacam jenis kandang dan ladang yg d lalui, akhirnya kereta itu mulai slow sebab Zack baru prasan kereta itu mempunyai brek cakera bersalut timah lalu tnpa melengahkan masa, Zack pon menekan brek tersebut. Huh, akhirnya berhenti pon kereta tersebut, d tgh2 balai polis. Polis bantuan yg d upah oleh Zali tadi, tercungap2 ketika sampai d balai polis kerana dia mengekori kereta itu sambil berlari. Zack pon menyerah diri namun baru dia sedar, Zana tidak lagi berada dlm kereta itu.






************************************************




Zana membuka matanya perlahan-lahan. Sakit sekali badan nya terutama pada bahagian pinggang.. Ada lampu, ada selimut putih, ada titis air yg menitik, ada orang yg mengusungnya.. Adakah aku telah mati? fikir Zana. Tiba2 dia d kejutkan dgn satu suara. "Awak dh sedar?" Zali yg mengutarakan soalan itu kepadanya. Zana sekarang berada dlm wad bersalin. Oleh kerana wad lain telah penuh, jadi utk mengelakkan kesesakan, Zana terpaksa d tempatkan dlm wad bersalin. Dia pon mencari2 kiri dan kanan, di mana Zack. Zali bgai tahu apa yg bergelora dlm jiwa Zana, lalu Zali mnjawab, Zack sedang berehat d rumah selepas d ikat jamin oleh Zee dan Zali. Zana cuba bgn utk berdiri namun dia tidak merasa kakinya. Dia angkat kain, ada je kaki. Dia pon turun dari katil, utk berjalan. Namun dia terjatuh, tersungkur, tersembam, dan terkencing d c2. Zali tidak membiarkan saja, dia terus memapah Zana ke bilik air. Zana termenung sendirian d katilnya selepas diberitahu yg dia telah lumpuh secara kekal dari bahagian pinggang sehingga kuku ibu jari kakinya. Zali masih lagi setia menunggu Zana ketika orang lain tiada seorang pon yg dtg menjenguknya. Setiap keperluan yg Zana perlukan, pasti Zali akan sediakan. Selepas itu, Zana d tukar ke wad 1st class. Zana merasa bersalah dan terharu yg xhengat pd Zali. Walaupon dia telah memberi tahi kpd Zali, namun Zali masih membalas dgn memberi bunga kpdnya. Setiap hari Zali akan menemaninya dan memberi kata2 semangat agar Zana tidak putus harapan utk terus hidup. Sehinggalah suatu hari, Zack dtg menjenguk Zana bersama Zee. Zack kelihatan sangat kasihan memandang Zana dlm keadaan sedemikian rupa. Tanpa berkata walau sepatah, Zack ingin keluar dari bilik itu, tetapi. Zali akhirnya bersuara..


" Sedangkan pungguk sentiasa merindui bulan walaupon bulan tidak boleh utk menerimanya sebagai pasangan.  Inikan pula kita, manusia. Yang punya akal fikiran utk membezakan baik dan buruk. Zana merindui kau. Dia perlukan kau, bukan hanya ketika senang. Ketika susah, ketika kuat, ketika lemah, ketika berupaya, ketika xberupaya. Walaupon cinta korang berlandaskan harta namun dia sayangkan kau bukan kerna harta. Engkau merupakan satu2 nya harta yg dia ada atas dunia ni. Walaupon aku sayangkan Zana lebih daripada segalanya, tp aku xboleh ubah hati seseorang kerana harta. Orang yg dia syg, kau Zack. Kau temanlah dia, bimbing dia, bknnya bawa dia ke lembah dosa. Biar muka xensem, asalkan peribadi jgnlah hodoh " Zack terdiam mendengar ceramah Zali tadi. Mungkin kerana hatinya sedang berkecamuk, segala apa yg d ucapkn td tidak boleh memberi kesan kepadanya. Zack tetap blah dr c2.. Meninggalkan Zana menangis teresak-esak. Zana sudah tidak mampu utk mengejarnya. Zana hnya dpt mengenangkan kembali memori ketika mereka bersama. Walaupon sekejap, namun Zack lah org yg pertama yg Zana btol2 cinta. Bukan kerna paras rupa, harta, tetapi sbb Zana dpt melihat diri Zack yg sebenarnya. Zack mempunyai byk tabiatnya yg org lain xpernah tahu. Dia suka bekerja, mencari duit dan menyimpan utk masa dpn. Zack juga selalu bersedekah kepada org2 miskin, menggunakan wang gaji yg dia peroleh ketika kerja. Dirinya sendiri tidak punya apa2 harta kerana ayahnya seorang penagih dadah dan ibunya bekas pelacur. Duit yg dia peroleh dari Zee, sumanya dia simpan dan xpernah lagi menggunakannya walau sesen pon. Satu hari nti, dia pasti pulangkan semula duit itu kpd Zee. Tanpa Zana sedari, Zack lebih awal mencintainya seblom Zana mula menjalankan rancangan ni. Tapi Zack tahu, jika xberduit, Zana tidak akan rapat dgn nya. Sbb itulah Zack buat2 join Zana dlm rancangan ni padahal dia hnya ingin sedarkan Zana yg harta bukanlah segalanya. Zana telah berjanji kepada dirinya, yg dia akn terus menunggu Zack sehingga nyawanya d ambil kembali. Sementara itu, Zana telah meminta tunjuk ajar daripada Zali mengenai keagamaan dan dia btol2 ingin berubah.. Alhamdulillah...


Enam tahun kemudian, Zali dan Zee pon bersatu sebagai pasangan suami isteri yg sah. Sekali-sekala mereka akan menjenguk Zana yg tggal bersendirian. Walaupon dirinya serba kekurangan sekarang, Zana tidak berputus asa. Dia sudah memiliki perniagaan sendiri dan terus melakukan ibadah tnpa merungut akan apa yg telah berlaku. Sehingga sekarang, Zana masih lagi menunggu Zack. Mungkinkah cinta mereka akan bersatu suatu hari nanti? Sekian daripada penulis.. Selamat Membaca ye anak2. Dah ponat menulih, nk tido lah. Lega dpt abiskan cerita ni.. Semoga anda terus bersama CERITERA-SEHELAI-KERTAS pada hari2 yg lain. Sama2 kita amek pengajaran drpd cerita ni. Jika ada persamaan watak atau kejadian itu hanyalah kebetulan sahaja.. Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Ok? bye syume  ^.^




p/s: Jika ada sebarang bantahan @ ketidakpuashatiaan, let me know k? 

   

6 comments:

Rozana Razali said...

aku ada bantahan, pasni pakai nama lain..

Ajelip™ said...

ok sweetpie =))

Anonymous said...

masih tak tau knape smua mula huruf 'z' hehee

Unknown said...

byk mengarut la kali ni..mood tu hilang sb ayt2 mengarut ko tu..perbaiki lg..idea ad..tp merapu byk..jalan cte dh nk mcm MBM dh..HAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA..

Ajelip™ said...

hahaha. buto maru. ok2. aku akn perbaiki lg. jgn riso. rajin plak ko dok baca bnda cmni

Unknown said...

ak bce sume bull..ko lek je..haha