Dec 4, 2010

ADAMAYA DAN SENYUM SORANG2.

Kali ke-2 aku tgk adamaya. ape kena dgn aku ni. argh! bagi aku la kan, adamaya dgn lagenda budak setan merupakan antara cite melayu yg aku mampu tgk. selain daripada cite2 yg lawak la. melayu kalo buat cite lawak memang tiptop. gua salut lu bro saheizy sam. lu memang ketat. tapi kalo cita sedih, jiwang, seram, ngeri, dongeng, kebanyakannya aku xmampu tgk. bukan aku xmenyokong industri hiburan tanahair. cehlamak. tapi aku x mampu nak tgk.

pelakon. yes, faktor yg amat penting. dalam menjayakan sesebuah scene, pelakon perlukan penghayatan bagi setiap baris ayat supaya penonton dpt feel dan mesej yg ingin d sampaikan. ramai pelakon kita berbakat, mmg pandai berlakon. bukan sekadar d lokasi, sehingga ke luar pon diorang dpt belakon dgn baik. tetapi, kadangkala, kesungguhan bagi mengeluarkan suatu produk yg bernama filem masih d takuk yg lama. apa aku ckp ni. sebagai contoh, filem P.Ramlee. sape xsuka? berkali2 tgk pon xakan bosan. walaupon dh tahu hujung pangkal, tapi masih gak kita mampu tgk sebab ape? haaa, itu kita xtahu. haaaha. sebab, kita boleh nampak kesungguhan diorang. zaman tu apa je peralatan yg ada? tapi diorang menggunakan semua bahan2 yg ada utk mencantikkan flow cerita tersebut. bukan aku meng kondom kondem cita melayu. bukan, tidak sama sekali. cuma aku tertanya2. bila kita mampu lakukan macam filem2 antarabangsa.

2 ALAM! sape dah tgk, mengaku cepat! haha. aku ada la terbaca sinopsis cite ni. ok, memang mesej yg ingin d sampaikan agak berat tapi mudah je nak paham. x salah, d galakkan utk kita berpesan2 tentang kebaikan melalui medium hiburan. tapi, aku xrasa pon nak tgk cite ni. kenapa kah? tepuk kepala, tanya cendawan. hee, ok xde kaitan. ikutkan hati, banyak sebenarnya cerita2 melayu yg aku ingin sgt tgk, tapi... hati aku ni, sakit. jiwa aku kacau. perasaan jadi xtenteram. rasa serba salah. nak tekan butang play pon macam xsanggup. maaf ye peminat2 cerita melayu, aku x macam korang. aku ni alien kot, dari planet garurumon.

macam aku kata tadi, bukan semua cerita melayu aku xmampu tgk. aku sedar, aku melayu. xpenah pon nak bajet mat salleh @ mat kacau, isnin-khamis 6.25 ptg saluran 611. aku tau mesti ramai yg nak marah aku sebab aku dari planet lain, tapi aku kena jaga hati aku jugak. xkan aku nak bia hati aku sakit semata2 nak bahagiakan org lain. kalau aku sebok jaga hati orang, sapa nak jaga hati aku.

"ingat, bukan semua orang sebaik adam. mungkin adam boleh lepaskan kau kalau kau rampas maya dari dia. tapi bukan aku. bagus kau jgn tuduh2 n ganggu sara. " kata sharom kpd dani ketika diorang terserempak depan 7E. haha. dialog adamaya. jgn terasa la sesapa yg bernama macam d atas. ciss.

aku serius ni. chong wei pon kalah, pelapis kita mana. bola pon kena ngn indon 5-1. pengarah, penerbit, nama2 baru xada ke. nak jugak aku rasa sentuhan org2 baru. ceh macam dh lama hidop je kau kan. cakap pandai la, buat tengok. suma org akan ckp mcm ni bila mereka terasa tercabar dan d cabar oleh tohmahan2 dan kritikan2 daripada masyarakat sekeliling. my abah pernah berpesan satu ketika dahulu ketika kami d landa krisis. kita memang sudah berusaha, tapi belum yg terbaik. untuk dapatkan yg terbaik, kita perlu usaha yg terbaik. kalau setakat melepaskan kahak d atas batu yg berada d bawah tangga, belum cukup dik. banyak lagi kita kena buat. macam mana nak buat? kena usaha. macam mana nak usaha? kena rajin. macam mana nak rajin? jgn malas. macam mana nak malas? tido. dah aku ngantok, jom tido. oh korang kena tgk gambar mamat ni :



memang mintak siku ngn buku lali muka dia ni! hahahaha

gelak la, tunggu pe g. hahaha! sape x gelak dia suka mamat atas ni.

3 comments:

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

geli ketiak tengok gambar last tu!
hahaha

Rozana Razali said...

aku pon tgh tgk adamaya, tapi tak abes2 lg, tgk smbil on9 mmg la..

Ajelip™ said...

haha memang pn. macam sipot muka beliau!

eh ko pn layan gk jana ek. hee