Nov 30, 2010

TIBA TIBA.

jam dinding menunjukkan jam tangan 1.00 a.m. ketika itu. ketika itu aku masih berada di kedai mamak berceloteh dgn sahabat hyundai. banyak perkara yang dibincangkan termasuk kes2 semasa yang sedang berleluasa. sedang kami bergelak ketawa berair mata mengetuk meja menghempas segala, kami dikejutkan dengan bunyi dentuman tidak lebih dan tidak kurang 500 meter dari tempat kami bercengkerama.

6 jam sebelumnya..

Li : malam ni apa plan?

Sa : ingat petang tadi nak pi mengail. hujan pulek. try cuba tanya sahabat yang lain.

Su : aku ingat malam ni nak pi surau la.

Ri : tuuu dia. xpa la. lepas isyak kita pi tibai snuk se frame dua.

Ha : uish xleh. aku xdak duit cek oi.

Ni : xpa la, ang pau aku dulu. esok aku pau ang balek.

semua : set!

maka bergerak lah kami seperti yang dijanjikan. menjolok buah berwarna sangat lah seronok dan ia telah menyebabkan aku ketagihan kini sudah selama 4 tahun. walaupun kelihatan seperti satu pembaziran, namun ramai yang masih gemarkannya. terutama ketika mengalami masalah kitaran haid yang lambat. siapa yang juga gemarkannya? kepada yang ingin mengetahui point untuk setiap warna, mari aku kisahkan sedikit.

di dalam permainan snooker atau lebih dikenali dengan nama snuk dalam kalangan masyarakat kampung yang ingin ke bandar namun xkesampaian, terdapat tujuh (7) jenis warna :

merah : satu (1) mata

kuning : dua (2) mata

hijau : tiga (3) mata

coklat : empat (4) mata

biru : lima (5) mata

pink : enam (6) mata

black : tujuh (7) mata

para pemain perlu menjolok bola merah dan meletakkannya di dalam mana-mana 6 lubang yang terdapat di sesebuah meja. apabila bola merah sudah masuk lubang, barulah boleh diteruskan dengan mana-mana bola warna lain pula berselang seli. faham? contoh : merah - pink, merah - black, merah - biru. setelah habis kesemua bola berwarna merah, iaitu sebanyak 15 biji, barulah diteruskan dengan memasukkan bola berwarna satu persatu dimulakan dengan kuning sehingga black mengikut mata. bagi sesiapa yang belum pernah mencuba, pergilah cuba. tetapi kalau boleh hindarkan pusat snooker yang mengandungi bar di dalamnya jika anda mahukan keadaan yang aman. salah kah perempuan bermain snooker ataupon pool? no komen. tapi aku rasa pompuan yang pandai main, memang hot.

tiba-tiba aku cerita pasal ni. memang entri ni khas untuk mood tiba-tiba. harap anda semua faham akan mesej 'tiba-tiba' yang ingin aku sampaikan.

6 jam selepas jam tujuh petang.

selepas mendengar bunyi dentuman, kami semua bergegas ke tempat bunyian tersebut. tiba-tiba. sebuah tong gas petronas kaler hijau (yang dok masak tu) tiba-tiba bergolek di atas jalan dan mengganggu para pengguna yang lain. tiba-tiba datang seorang pakcik dan menyelamatkan tong gas tersebut daripada digilis oleh manusia yang tidak punya perasaan. tiba-tiba pakcik itu terus pergi begitu sahaja. kami pun bergegas pulang. dan tiba-tiba aku rasa macam nak tulis tentang kejadian yang penuh ketiba tibaan itu. terima kasih pakcik.

ku rasa sepi tanpa cintamu.
bagai malam tiada cahaya.

tiba-tiba aku rindu saat manis bersama bermadu asmara kala aku masih kau puja.

4 comments:

ChiKeDees said...

baru jew nak faham tiba-tiba......

Ajelip™ said...

tiba2 dh phm?

chittysarah said...

tiba tiba plak jiwang..
akhir nye tu..
hahahhah
tiba tiba

Roxy zai said...

uiyohhh..penuh dengan tiba-tiba laa!!^_^

tiba2 plak aku rindu kisah kucing ko~..:')