Nov 15, 2010

CELA.

Rabak mata ku,
Pena menari,
Tinta berdarah.

Rabak mata ku,
Pena menari-nari,
Tinta berdarah,
Kata membara-bara.

Masanya ku bernafas,
Ini terakhir kali,
Puas sudah ku sesak,
Dalam dunia sempit.

Dulu tersungkur,
Kini berdiri,
Kau bermain api,
Kini ku bakari,
Dulu menunduk,
Kini ku celik,
Kau bermain api.

Engkau mahu sempurna,
Engkau jadi sempurna,
Biar aku bahagia dengan cela ku,
Engkau mahu malaikat,
Turun dari kayangan,
Biar aku bahagia dengan cela ku.

Mengapa..
Tidak engkau cermin saja,
Diri mu yang sempurna, mempesona,
Ku bahagia dengan cela.

Mengapa..
Tidak kau bercinta saja,
Dengan diri mu yang sempurna, mempesona,
Ku bahagia dengan cela.


Siapa yang mampu mencapai mahu mu.
Bilamana kau juga seorang manusia?

4 comments:

Shuhaidah Shukor said...

ouh, wlawpon lgu nih da lme, eda still igt lgu nih.. hhe

Ajelip™ said...

ouh sama la. :D

Haziqah Muhamad said...

i used to love this song. :)

azwniesd said...

loveeee this song :)