Sep 7, 2010

KERANA DIA.. MERAH..


Aku hanya kesunyian, ketika pertama kali aku kenal Merah..

Tidak pernah berjumpa.. Tetapi aku pernah melihat dia, kala senja melabuhkan tirainya..

Memang, Merah.. Sangat berani, sangat mempersona, sangat menarik perhatian..

Kemudian Koko hadir ketika berjauhan.. Mampu untuk menarik perhatian aku..

Dekat, rapat, cukup memahami.. Rela berkorban, sanggup dipijak..

Ketika ini Merah mula menjauhkan diri kerana tidak mahu bekongsi..

Dalam masa yang sama, aku berkenalan dengan Putih..

Sucinya, Tulusnya, Halusnya, Terlalu bertimbang rasa..

Aku tidak layak untuk Putih, dia terlalu mulus bagi ku..

Masa berlalu, aku masih bersama Koko.. Tetapi hati ku masih berwarna Merah..

Di dalam Merah, tiada campuran Koko.. Tetapi di dalam Koko, aku nampak Merah..

Merah kembali ketika aku dalam dilema.. Masa menentukan, ketika itu aku bersama Biru..

Lembut, Tenang, Aman.. Tiada sengketa cuma derita..

Kerana Biru ada penjaga.. Yang tiada timbang rasa..

Merah sentiasa tersepit di antara dua warna..

Sedih lah Merah kerana sering dipersalahkan..

Akhirnya Merah mengambil keputusan.. Yang membuat aku menyesal..

Setiap senja, aku mengharapkan akan bertemu kembali dengan Merah..

Sehingga lah aku berjumpa Pelangi..

Terlalu lengkap, Terlalu istimewa.. Aku takut akan merosakkan susunan yang indah itu..

Tiba-tiba Merah hadir, mengimbau kembali kenangan itu..

Tetapi hadirnya tidak seorang.. Merah bersama Hati..

Hati itu memang milik aku.. Merah ingin pulangkan kerana dia tidak mampu untuk menjaga nya lagi..

Merah berlalu pergi tanpa membawa apa-apa bersama..

Mungkin dia tidak perlukan Hati ini lagi kerana Hati ini telahpun luka dan berdarah..

Tetapi Merah lupa, untuk mengubati Hati nya sendiri..

Yang kini masih dalam jagaan ku..


korang x paham kan?? hehe. Sape leh teka dengan betol, aku bagi kucing sekor! =)
Tapi xyah teka pon xpe. Xde kaitan lah dengan korang.. ahax ahax!

shhhhhh!

6 comments:

Roxy zai said...

wah..makin beremosi eh skrg..wehehehehe^__^

Aku Tom.Bukan Jerry. said...

ape, ape? hoho :)

Yuni Aisyah said...

byk btol awek dia..hahahahhaa..

Aku Tom.Bukan Jerry. said...

em, bukan awek la :)

misz myza said...

nape tak selitkan kaler kuning???

Aku Tom.Bukan Jerry. said...

kuning kaler diraja! xnakla.. =P