Sep 16, 2010

PAN-TONE..


JUALAN PANTUN KINI BERMULA!

Kicau Burung kedengaran berlagu,
Mengganggu Tupai sedang berangan,
Susah sungguh permintaan mamaku,
Mungkinkah aku dapat tunaikan..

Ali bersiul memanggil sang Bayu,
Tetapi yang datang si Kura-kura,
Suatu hari d panggil nya aku,
Ingin sampaikan satu perkara..

Berkerut dahi meneran tahi,
Tahi keluar berwarna Sarsi,
Kenapa dengan mamaku ini,
Aku mula merasa sangsi..

Karam aku d lautan duka,
Kala mencari Cinta berharga,
Mamaku mula membuka bicara,
Sambil mengunyah kueh Raya..

Mata dijegil tanpa berkelip.
Bila Awek ajak bercumbu,
Begini anakku wahai Ajelip,
Mama ingin menimang cucu..

Saat dikau berlalu pergi,
Tinggal daku seorang diri,
Tersembur air mataku ini,
Kerana ketawa gelinya hati!

Sazali memanglah anak si Bapak,
Sampaikan bapak, Sazali pijak,
Mama serius janganlah gelak,
Kelak nanti makan penyepak!

Puas sudah aku menunggu,
Baru sampai dkt Tol Juru,
Sape boleh tolong aku,
Buatkan cucu utk mama ku? =.=''


BELI JGN X BELI! =)

12 comments:

elmo blurb said...

aku beli 2 kerat jelahh. haha jimat.

nampak pakwe sidai spender,
majalah MANGGA kan ada.

HAHA

tehr said...

hari raya makan maruku
sambil minum air sarsi
terima saja idea mama mu
jangan takut, takkan rugi

Aku Tom.Bukan Jerry. said...

elmo : haha. seganlah dlm 2!!


tehr : Sapa yg nak ek.. =.=''

♥Ismi Huda♥ said...

pegi kedai beli daging sekati..
kesiannya jalan sorang-sorang..
katakan saja hajat di hati..
kan senang berterus terang..

p/s: haaaa.. pa gik dtggu ktk ya? hihi..

Wanie Affandi said...

baju yang dibeli berwarna hijau
pakai semasa tari menari
usah takut usah risau
ikut sahaja hati naluri

:-)

Cik Kiah said...

makan nasik belori-lori
sendawa buruk berulang-kali
kalo mama mu suh bebini
lekas2 larh p mencari!

kuikui

Aku Tom.Bukan Jerry. said...

Seksanya hidup Perindu Sepi,
Mengharap kasih orang x sudi,
Bunga terbukti banyak sekali,
Namun adakah bunga bertakhta d hati?

Rina (◕‿◕)✿ said...

hahah nak beli2 jap2 pikit

air sirap inti kelapa
memang sedap kalau free
apelagi, pegila merisik sape sape
tentu ramai yang sudi

hihi :p

Aku Tom.Bukan Jerry. said...

rina :


Terdengar sayup bisikan asmara,
Terlena aku dipeluk Cinta,
Bagaimana pula dgn cik rina,
Sudikah terima risikan saya?


HAXHAX!! :)

Rina (◕‿◕)✿ said...

pegi surau amik bubur lambuk,
simpan dalam peti ais, lupa nak makan,
kalau ada cicin berlian sbesar penumbuk,
kecik tapak tangan, 1 tempayan nyiru rina tadahkan


hahahahhaha!

gelak guling guling XD

Aku Tom.Bukan Jerry. said...

rina lagi :

Tidak tahan kaki bercagu,
Apatah lagi busuknye setokin,
Apa lagi yg cik rina tunggu,
Moh le ke kedai mencari Cincin..


:)

Rina (◕‿◕)✿ said...

hahah

moh moh! jmpe kat poh kong oke? :p