Jul 2, 2010

FIKIRLAH SEJENAK 1..2..3.. OK, DAH! =)



Ini d ambil daripada post aku yg lalu. Kalau korang perasan la. Xperasan pon xpe. (da abes idea la 2 nak post ape. kihkih) Aku yakin, korang bukan rajin nak selongkar belog aku nih. So, aku bagi korang baca kali ni. Suda d edit sket2. Nanti d tuduh 'plagiat' belog sendiri pulak. muahaha. Jom baca dgn bersungguh-sungguh. hoho. 


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa pun untuk dimakan.

Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada dalam keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini, sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang telah meninggal dgn belum bersedia.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi tiada rezeki.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah kita yang kotor dan kecil,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa dan semuanya pernah melakukan salah.

Ketika kita malas untuk bangun mengerjakan ibadah terutamanya subuh dalam negara kita yg aman ini,
Fikirkan negara mereka yg d serang ketika solat berjemaah pada waktu subuh.

Dan ketika kita sedang bersedih dengan hidup yg susah,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Nya bahawa kita masih d beri peluang utk hidup :)


Itu sahaja. Boleh sambung balek kerja masing2 ye anak2 sekalian! hoho. Jangan lupa, singgah2 la selalu d cni. Selagi anda ingat kat meow2, selagi itulah meow2 xkan lupakan anda. Selamat malam!


No comments: