Jul 1, 2010

IKHLAS KAH AKU?


Ikhlas itu d umpamakan seperti semut yg hitam yg duduk d atas batu yg hitam d tempat yg gelap. Mengapa?

Ikhlas itu bukan lah sesuatu yg dapat kita lihat atau tafsirkan daripada perbuatan seseorang.

Ikhlas itu bergantung pada niat. Tidak mengharap balasan. Tidak mengharap pujian. Hanya mengharap Redha ALLAH.. Adakah aku mempunyai keikhlasan dlm diri sepanjang hidup ku??

Ikhlaskah aku ketika menolong ibu bapa ku?

Ikhlaskah aku ketika melakukan ibadah kepadaMu?

Ikhlaskah aku jika aku bersedekah?

Ikhlaskah aku jika ke masjid?

Ikhlaskah aku jika aku pergi ke majlis ilmu?

Ikhlaskah aku ketika menimba ilmu?

Ikhlaskah aku dlm semua perkara??
Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah. (HR An-Nasa'i)

Adakah seorang muslimah memakai tudung labuh atau purdah untuk d puji?

Adakah seorang muslimin ke masjid tiap2 malam hanya utk d puji?

Adakah orang yg bersedekah d khalayak ramai ingin d hormati?

 Adakah aku menulis post ini utk d katakan baik dan alim???

Na'uzubillah. Berhati2 lah ketika anda d puji. Kerana dari situ, riak akan muncul dgn perlahan-lahan utk memadamkan niat awal anda yg ikhlas kerana ALLAH S.W.T..

Semoga 'taipan' kali ini mengingatkan kita. Menyedarkan kita. Jangan mengharapkan sesuatu selepas kita mengorbankan sesuatu. Terlalu takot. Adakah amalan kita sebelom2 ini mengandungi riak walaupon cuma sebesar zarah? (T.T) Marilah sama-sama berdoa agar segala amalan yg kita lakukan d terima oleh Nya. Amin~

TETAPKAN NIAT, IKHLASKAN HATI, SEMPURNAKAN AMALAN, PERBAIKI DIRI!

BUTAKAN MATA! PEKAKKAN TELINGA! MATIKAN HATI!

Terhadap perkara2 maksiat. InshaAllah. Kita semua sudah d janjikan yg terbaek d sana. Apakah perbuatan aku betol2 menunjukkan aku inginkan yg terbaek dari Nya? Maafkan aku Ya Allah~ Hambamu yg terlalu lemah dan hina.


3 comments:

nisya said...

waaa...

nice entry yunk!!

hanye hati kita & allah je tau kita ikhlas buat sesuatu or tak :)

Aku Tom.Bukan Jerry. said...

=))

♥ cik mija ♥ said...

terfikir sejenak...tanya pada diri yang buta ne..nice entry