Jun 18, 2010

AKU.SAYA.BUKAN KAU.ATAU DIA. 2


Eh2, yg ni pon ada '2'. muahahaha. Aku berminat nk bgtahu kpd sesape yg nk rapat ngn aku. (ada ke.) 
BEWARE! 
Anda tidak berada d zon selamat. Kerana banyak perkara yg kamoo belom tahu pasal aku. hoho. Hari tu pon aku dh ada bgtahu kan. Tapi itu secara spesifik dan skema. Kali ini adalah secara rawak dan biadab! mungkin perkara ini xpernah anda dengar daripada tokwan @ pakcik2 anda! Kepada wanita2 yg sarat mengandung, jgn baca kalau mahu anak anda d deliver kan pada tarikh yg sepatotnye. hohoho.

Aku xpernah berasa kesorangan sejak kecik sebab aku ada kembar!

Aku xtakot utk berseorangan malah itulah perkara yg aku suka!

Aku mudah utk mempercayai. Tetapi sgt susah utk buat org pecaye kt aku!

Aku sgt suka menerima dan sangat susah utk memberi! (hati dan perasaan. haiseh!)

Aku sangat malas. Jarang melihat aku rajin dan study dgn tekun!

Bercita-cita tinggi tetapi xberusaha utk mencapai apa yg d impi kan!

Aku sangat2 degil dan tidak suka mengikut ckp org laen! (kecuali mak ayah ye)

Aku xberapa suka keluar ke mana2 tetapi suka melepak d kedai kopi!

Aku pantang melihat yg ber dahi licin! (bukan botak)

Aku xsuka cakap banyak2. Membazir tenaga.

Aku suka lari dari masalah drpd cuba menyelesaikannya.

Aku suka kan haiwan. Lebih daripada manusia zaman sekarang!

Aku sukakan benda yg comel. Dan ingin mencomelkan apa yg ada!

Aku sukakan tumbuhan. Mereka hidup dgn tenang! Tanpa mereka, matilah kita!

Aku suka membazir masa begitu sahaja. Tidak kesah keadaan yg bosan.

Kerana aku sendiri pon seorang yg membosankan!

Aku sukakan wang. Tapi tidak sukakan harta pusaka. Xsuka berebut-rebut!

Ingin memegang duit sendiri. Tetapi suka menghabiskan duit 'PT' !

Xsuka tempat yg ramai orang. Kalau boleh aku sorang je!

Aku xmalu utk berhadapan dgn org ramai. Tapi malu utk menegakkan kebenaran!

Relakan apa pon terjadi kpd diri sendiri. Tanpa berusaha utk mengubah persepsi.

Suka menangis tetapi xsuka menginsafi apa yg telah terjadi.

Sangat kedekut. Dan pemurah. (ada tym dia.) Ikot suka ati je!

Dan yg paling JAHAT! Cepat bosan dgn apa yg ada! paham2 ye.

Huh, agak banyak dh. Tapi aku rasa byk lagi belom d tulis. hohoho. Jadi jgn la dkt ngn aku. Sebagai KAWAN, aku yakin aku mampu menjadi sahabat yg baek. Tetapi, kalau sebagai EHEM2! Aku belom bersedia lagi yop! Mayb belom ter pk nk kawen. Yg tahu enjoy aje sepanjang hidop ni. Ape la nk jadi. Tapi itu la kenyataan nya. Sape yg tanak berubah utk menjadi yg terbaek utk pasangan masing2 kan. Aku harap aku akan berubah satu hari nanti. Ke arah yg lebih baek. Amin~



2 comments:

Cik Bucken said...

"Aku sukakan benda yg comel. Dan ingin mencomelkan apa yg ada!"

nice quote~

Ajelip™ said...

hoho. nice?? u r very nice =))