Jun 7, 2010

I'M NOT SINGLE ??

Sebelom menutup tirai hari isnin pd hari ini, marilah kita sama2 merenung. Mengushar dan mentela'ah sket ape yg sedang aku merepek kan. hoho. Asek2 pasal pasangan kan. Xpe, sbgai langkah persediaan. Xsalah kan. Kepada yg dh punya pasangan, jagalah setakat mane mampu. Kepada yg masih mencari, carilah yg berkenan d hati. Kepada yg xnk cari, ha lantak korang lah. hahaa.. Memang btol jodoh d tgn tuhan. Tapi kalo kita xberusaha mencari, adakah jodoh akan muncul dpn mata? So, mari sama2 kita baca ape yg pakar motivasi ckpkan pasal pencarian pasangan ini ye. Zombie ~


 - Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah -


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada
tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada
jauh darinya.

2. Jodoh itu
ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan
bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan
anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu
jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu
jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal 
pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah
untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap
semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati
dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan
orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik 
sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8.
Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk
bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu
sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan
pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi 
tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10.
Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik
pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa
bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang
melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata
secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan
hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara
berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan
hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu
menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa 
merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa 
atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada
minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri
sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan
lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera
agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal 
pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan
seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang
menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang
untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap
sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak
tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci 

Haa, tudia anak2. Dah bersedia nk mencari? Jgn tggu lama2. Nanti dia d ambil orang. hehe. Tetapi harus d ingat, berkawanlah cara islam. Jgn lupa kewajipan yg kita kena lakukan. Carilah seseorang yg boleh mengingatkan kita kepada NYA. Selamat dunia akhirat anak2 sekalian. huhu. Insap sekejap  T.T .. Sampai cni saja mlm ini. Op! lagi satu. Kepada peminat meow2, nama beliau masih belom aku putuskan. hoho. Masih tgh mencari nama yg paling seswai. Sungguh memeningkan kepala. Ape pon, semestinya kita mengharapkan sesuatu yg dpt mmberi kepuasan kpd suma. haha. Ok. dududu ~

4 comments:

cik aiEnZ said...

alamak terlalu panjang
nak bace tapi
kemudian lah
hehe

Bukan Kerna Nama said...

hoho. nanti2 la baca..

nisyaheartz said...

menarik

Bukan Kerna Nama said...

maceh :)