Jun 13, 2010

ENCIK MAHER ZAIN YANG DIMINATI RAMAI

Sudah semestinya beliau bukanlah adik beradik Ziana Zain mahupon Anuar Zain. hoho. Cuma masing2 adalah saudara seislam. Ramai yg minat Encik ni. Aku pon minat (lagu2 dia ye). Jgn salah sangka. eheh. Jom kita tgk sket2 bio Encik Maher Zain. Aku pon baru nk tahu. Selalu lambat. Tapi xpe. Ape aku kesah, belog aku kan. Suka hati aku ok.. huahua. Jom2~

Hensem x dia ni? Tampak kool dan macho! hoho

Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.

Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.

Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar".

Haa, dah kenal ngn dia ni? Jom dgr lagu2 beliau yang aku suka dgr. Zass~







Dan d bawah ni adalah lagu dia yg aku rasa nk berjoget bila dgr. hohoho. Mari2 nyanyi!

5 comments:

Anonymous said...

ku lagi lambat. tak penah kenal pun dia nih heheee

Ajelip™ said...

Eh, sukanya! ada orang lagi lambat dari aku. hohoho

starzieti said...

suke sgt2 lagu maher zain.for the rest of my life best !

kiwi said...

mint gak maher zain..lgu dia menenagkan jiwa ^^

Si Kawaii said...

baru juga kenal encik ni.
itupon dari cousin ku.
baru tau 4 hari lps.
lagu sume sdp2. tp plg suka for the rest of my life :)