Jun 27, 2010

GADIS BERTUDUNG PUTIH...


Cerita bermula..

Orang ramai mengerumuni tempat kejadian. Seekor lembu telah menyebabkan kematian 5 insan yg tidak bersalah. Ketika aku melalui tempat kejadian pada malam itu, ahli keluarga mangsa masih setia menunggu pasukan bomba dan penyelamat menarik keluar mayat-mayat yg tersepit d dlm kenderaan pacuan empat roda yg terbalik d tepi jalan.. Tragis. Sangat menyayat hati melihat wajah sugul setiap ahli keluarga mangsa. Tiada lagi gelak tawa yg mereka mampu hamburkan. Hanya tangisan hiba memecah kesunyian. Apabila mayat kelima-lima mangsa telah 'terhidang' d atas tanah, ramai yg memalingkan muka. Tidak sanggup melihat keadaan mayat yg kelihatan seperti kain perca. Seperti d carik-carik isi dan kulit.. Namun mereka tidak sedar.. Masih ada lagi seorang mangsa yg mereka belum selamatkan.. Anak angkat keluarga mangsa, seorang gadis bertudung putih berumur lingkungan 12 tahun.. Ketika kenderaan sudah d angkat dan d ubah, tempat kejadian memang sudah kembali seperti sediakala. Tiada apa-apa yg tertinggal. Bertambah malang bagi si gadis, ahli keluarga yg hadir pada malam itu tidak tahu akan kewujudan seorang lagi ahli keluarga kerana keluarga mangsa merahsiakan hal itu daripada pengetahuan ahli keluarga yg laen.. Kerana gadis itu adalah seorang yg istimewa kerana dia dapat melihat alam ghaib dan suka ke alam ghaib..

Adakah lembu itu yg patot d persalahkan? Dan d bawa ke muka pengadilan? Tetapi d kawasan yg mempunyai kiri kanan nya adalah hutan, mungkinkah lembu itu memang berasal dari hutan? Mengikut penduduk setempat, mereka memang selalu melihat lembu berkeliaran d kawasan kampung mereka. Iaitu 10 Kilometer dari tempat kejadian.. Tiada pula laporan daripada penternak lembu mengenai kehilangan lembu sejak awal tahun ini. Lebih menakjubkan, lembu yg d langgar oleh keluarga mangsa itu tidak mengalami apa2 kecederaan. Menurut saksi yg merupakan pemandu yg berada d belakang kereta mangsa, lembu itu hanya seekor dan tidak bergerak secara berkumpulan. Selepas d langgar, lembu itu tiba2 ghaib. Mungkin telah lari masuk ke dalam hutan. Aneh. Aku yg mendengar perbualan mereka sedari tadi, merasa ada sesuatu yg tidak kena..

Seminggu selepas kejadian..

Ramai penduduk mula membuka mulut.. Mereka terdengar sesuatu d tempat kejadian..

Suara itu tidak menyeramkan, namun ia lebih kepada mengasyik kan kepada sesiapa yg mendengar..

Suara merintih, memujuk dan memanggil..

Aku tahu memang mereka tertinggal sesuatu yg penting..

si Gadis Bertudung Putih..

Dari mana aku tahu?

Kerana aku pernah mendengarnya.. Sehingga hari ni aku xdpt nk lupakan.

Anda mahu mendengarnya?

AMARAN
 (Kepada yg d bawah umur, harap d temani ahli keluarga. Ini adalah cerita benar. Dan bagi sape2 yg mempunyai keberanian yg cukup sahaja d benarkan kelik)


7 comments:

Mira MingMing said...

cis..dah berdebar tau tak..hahahah..

Aku Tom.Bukan Jerry. said...

ehh.. nape ye?? hehe

Aku Tom.Bukan Jerry. said...
This comment has been removed by the author.
nisya said...

yeess!!!

yang nie sure2 la boleh ku komen!!! :)

tadi da bace entry nih.. dah taip komen pun.. tapi tak bejaya. skarang dah lupa nak komen ape heheee

mayb banyak minum air semut kot :p

Aku Tom.Bukan Jerry. said...

ahahah. cepatnya lupa! :D

Wanie Azeera said...

haha sungguh, siap lari2 lagi mase tekan. ketar2, lembik2 lutut lagi. x boleh tahan siap tutup telinga (-_-")

Aku Tom.Bukan Jerry. said...

er... ^.^