Jun 23, 2010

AGAK PELIK SIKIT DARIPADA BIASA.


Lamanya nk tggu match ARGENTINA jap g. Aku pon mengambil inisiatip utk membaca benda2 pelik dlm dunia kita ni. Ish, banyak betol kan benda pelik. Nak tau x aku baca ape? Haa, jom baca sama2. Mayb ada yg kamoo suma dah terbaca seblom ni kan. Pe pon, mari lihat kebesaran Allah S.W.T~

ULAT DALAM MATA!

1. Seorang lelaki Eropah mengalami sakit mata yang melampau. Mulanya dia menyangka sakit matanya itu hanyalah sakit mata biasa sahaja. Akan tetapi lama kelamaan, sakit matanya itu menjadi parah dan mulai membengkak. Dia kemudiannya bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Apa yang memeranjatkan adalah, rupanya kesakitan yang dialaminya itu adalah disebabkan oleh seekor ulat yang sangat besar telah mendiami di bawah kelopak matanya. Doktor telah berjaya mengeluarkan ulat tersebut dan kini mata lelaki itu telah pulih. Kalaulah ulat itu tidak dikeluarkan, sudah tentu matanya akan menjadi buta dan apa yang ngeri, makin banyaklah ulat yang akan bersarang di situ. Huh. Pe kes ulat leh ada dlm mata. Aku yg rasa sakit! hoho.

LEMBU KEPALA DUA!

2. RIVERA – Seekor anak lembu betina di Colombia mencetuskan kegemparan apabila haiwan itu memiliki dua kepala tetapi berkongsi otak.

Anak lembu diberi nama Jenifer itu dilahirkan pada Jumaat lepas di sebuah ladang di sini kira-kira 240 kilometer dari ibu kota negara itu, Bogota.

Pemilik ladang itu, Marino Cabrera berkata, dia tidak pernah melihat keganjilan seperti itu sepanjang 30 tahun menjadi pembiak baka lembu.

“Lembu itu sungguh comel, saya melihatnya sebagai anugerah dari Tuhan,” kata isterinya, Rosario Leyva.

Keadaan seperti itu yang dikenali sebagai Polycephaly dalam terma saintifik jarang berlaku tetapi boleh terjadi kepada manusia atau haiwan.

LAMPU ABADI!

3. Seorang sarjana Australia, Robbert Briggen, berpendapat bahawa manusia zaman prasejarah itu memiliki kebijaksaan yang lebih maju daripada ilmu pengetahuan yang kita miliki kerana mereka memiliki lampu-lampu abadi.

Pada bulan April 1485 mayat seorang gadis bangsawan dari zaman yunani kuno dikeluarkan dari tempat perkuburannya di “Appian Way”. Ketika para penyelidik memasuki tempat pemakamannya, mereka terkejut menemukan sebuah lampu yang menyala sejak 1,500 tahun yang lalu.

Pertanyaannya adalah, dengan cara apa para nenek moyang kita membuat lampu yang mampu terus menyala hinga selama itu? Misteri itu masih tetap merupakan misteri yang pelik akan tetapi sejumlah ahli arkeologi terus berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.

Beberapa orang di antara mereka seperti Briggen, mengemukakan pendapat bahawa tenaga yang digunakan untuk menyalakan lampu itu adalah sangat mungkin telah hilang dari permukaan bumi ini. Akan tetapi, tidak ada bukti yang menguatkan teori-teorinya itu. Orang pintar seperti apa yang membuat lampu yang tetap terus menyala hingga 1,500 tahun?


BESAR PUNYA TELOR!

4. Beijing – Pemilik seekor ayam di China ini menyatakan yang ayam peliharaannya telah mengeluarkan telur yang layak direkodkan di Guinness World Records. Telur itu didapati tiga kali ganda lebih besar dari telur ayam biasa.

Zhang Yinde, pemilik ayam di Suiling, Provinsi Heilongjiang, China telah menyimpan telur tersebut di dalam peti sejuk beku supaya tidak busuk.


“Saya mendapati rekod dunia sebelum ini adalah 176 gram, saya percaya, telur ayam milik saya akan dapat memecah rekod.” kata Zhang Yinde baru-baru ini.

“Telur itu sama seperti telur lain cuma ia lebih besar dan kulitnya agak kasar sedikit. Saya memutuskan akan meminta pihak Guinness mengesahkan rekod telur ini.” katanya. Adakah telor anda sebesar ini?? hoho. Pertanyaan untuk ayam ye. Jangan perasan pulak! huh.

BESAR DARI MEOW2!

5. Tikus tersebut, di mana beratnya 6 pound dan ekor sepanjang 12 inci telah ditangkap pada satu hujung minggu di kawasan perumahan Fuzhou, di mana bandar yang mempunyai lebih 6 juta penduduk.

Mr Xian, orang yang bertanggungjawab dalam menangkap tikus terbabit berkata semasa beliau sedang menyapu di jalan raya di depan rumahnya, beliau ternampak segerombolan orang berkumpul seperti melihat sesuatu yang pelik. Beliau yang kemudiannya terus bergegas ke situ dan melihat seekor tikus gergasi sedang cuba untuk meloloskan diri dari pandangan orang ramai.

Beliau juga memberitahu kepada wartawan, mungkin binatang ini adalah satu jenis haiwan yang jarang ditemui dan mampu menjadi penemuan spesis baru, beliau mula mendapat semangat untuk menangkapnya. “Ya! Saya berjaya. Saya berjaya menangkap tikus sebesar seekor kucing ini!” katanya sejurus sahaja berjaya menagkap tikus itu di genggaman tangannya.

Pihak universiti tempatan telah mengkaji haiwan tersebut dan mendapati haiwan ini tergolong di dalm jenis ‘bamboo rat’ berdasarkan gambar yang diperolehi mereka. Namun begitu kata mereka lagi, kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan bagi mengesahkan bahawa benar tikus ini tergolong dalam golongan tersebut.

Tikus golongan ini amat jarang ditemui di mana-mana dan ianya mungkin berasal dari negeri selatan China, Burma ataupun Vietnam. Namun begitu, ‘bamboo rat’ yang pernah dijumpai di Sumatera masih lagi memegang rekod tikus terbesar di mana ukuran panjangnya mampu manjangkau sehingga 30 inci panjang dan juga seekor tikus yang ditemui di negara Afrika yang mana panjangnya dipercayai dilaporkan sepanjang 36 inci. Meow2 takot nk makan. hohoho

IKAN STYLO!

6. LOS ANGELES – Sekumpulan saintis cuba menyelesaikan misteri yang berusia 50 tahun terhadap seekor ikan ganjil yang mempunyai dua mata di hadapan kepalanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan itu turut mempunyai bahagian kepala yang lut sinar dan hidup di dasar laut dalam.

Ahli-ahli biologi di Institut Akuarium Teluk Monterey, California di Amerika Syarikat (AS) menggunakan video untuk mengkaji pergerakan mata ikan ganjil itu.

Pada kebiasaannya ikan mempunyai mata di sisi badan sekali gus mampu melihat apa yang berlaku di sekeliling kawasan haiwan itu.

Ikan ganjil itu mempunyai mata di depan kepala sama seperti manusia.

Namun, saintis-saintis itu mendapati mata ikan tersebut boleh bergerak ke dalam bahagian lut sinar di kepalanya bagi membantunya mengesan pencari mangsa dan makanan
.

Memang smart kan! hoho. Ciptaan manusia mcm mana pon xkan dpt melawan ciptaan Allah~ Seperti lampu tadi. Memang la dia da lame menyala. Tapi matahari? Xkan pernah padam anak2 sekalian. hoho. Eh dah pukol 2 la. Jom tgk bola jap g! Seblom 2 kena buat kopi ngn megi. Laparnya!! Jom2~

6 comments:

Elin said...

wahhhhhhh..
menarik!!

nIsYa said...

memang pelik n unikz!

Ajelip™ said...

hoho. argentina menang! yeay!!

Anonymous said...

unique :D

Anonymous said...

unique :D

cik arfa said...

mate kanan saye bengkak jgak~takutnye ade ulat dalam mate~~huhuk