Jun 18, 2010

AKU.SAYA.BUKAN KAU.ATAU DIA.


Lahirnya aku melihat dunia.
Kenal mereka bergelar manusia.
Dibahagi dua aku dan dia.
Mereka berlima sahaja yg aku ada.
Zaman kecilku penuh duka.
Sengsara datang xkira masa.
Ayahku lelah mencari rezeki.
Mamaku bekerja dari pagi.
Mereka cuba bahagiakan kami.
Ajar kelebihan hidup berdikari.
Aku gembira berada d sini.
Bersama mereka insan yg aku cintai.
Namun manusia terus mendengki.
Hidup yg aman berubah kini.
Ayah dan mamaku dibenci.
Benarkah orang yg jujur tidak layak utk berada d atas muka bumi?
Mereka bertahan demi kami.
Anak2 yg masih kecil
Yang perlu d lindungi.
Saat itu aku masih mentah.
Tidak mampu berkata-kata
Untuk membela mereka.
Ada juga yg turut serta.
Bersama-sama ayah dan mama.
Ingin membongkar kebenaran rahsia.
Supaya yg jahat muncul akhirnya.
Hampir dua dekad mereka bersabar.
Melayani karenah kepura-puraan manusia.
Kini kebenaran mula terbukti.
Aku bersyukur mereka d hormati.
Si pendengki masih tidak menyedari.
Dia kini d kutuk d caci.
Mengapa perlu mendengki.
Cukuplah bersihkan hati sendiri.
Jangan d kotori hati lain-lain insani.
Adakah aku mampu menjadi
Setabah mereka utk mempertahankan apa yg aku miliki?
Aku sayang mereka.
Yang pernah bersama-sama mengharungi.
Perit getir dugaan dunia.
Perjalananku masih panjang.
Aku ingin membuat mereka tertawa.
Menangis gembira.
Senyum bahagia.
Hidup sempurna.

Itulah serba sedikit kisah hidup aku. Xpaham?? Lantak kamoo lah. huahua.
Huaargh! ngantok suda! hophop. Tido sebentar ye. Dadada~