Jun 22, 2010

TANGISAN SUAMI, KEBAHAGIAAN ISTERI


 | NASI TANGAS |

HAAA! Pernah dengar? Atau pernah buat?? ish3, harap2 xde la ye. Nama lain nya nasi kangkang. Semalam, tgh aku syiok menonton Portugal membelasah Korea Utara, mama aku pon sebok dok story telling kt aku. Dia cite, kwn kpd kwn dia, punya anak sedara belah makcik dia punya kwn, cite kt dia. hoho. Ada la hamba Allah yg sggup buat mcm 2 dkt suami dia.. Sampai suami dia jadi mcm org bodoh, ikot je pe yg dia 2 ckp, walaupon dulunya, si suami terkenal dgn keganasan dan kepanas barannya yg tersendiri. Nak tau mcm mana nk buat bnda haram 2? Xyah la ye.. Berdosa anak2 sekalian. Aku sebagai lelaki turut merasa jijik dgn perbuatan isteri seperti itu. Untuk menyejukkan dan mengikat hati suami, mcm2 lagi cara yg dok ada. Suma yg halal. Berpandukan ayat Al-Quran, ikot cara isteri2 zaman para anbiya', amalkan surah2 tertentu. Bukan susah pon, daripada engkau dok 'kangkang' kt nasi yg akan d makan oleh si suami. Free2 je xcium bau syurga. Mama aku pon berpesan, hati2 pilih isteri nanti. Biar yg tahu hukum hakam nye. hoho. Semenjak dua menjak ni, dh xsesabor dia nk menantu. Sabor ye mama! Ha, jom baca artikel ni pulak :

Harian Metro : Sampai hati isteri
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Amir Abd Hamid
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Marah kerana suami ‘buas’ dan suka bermain kayu tiga, segelintir isteri dikesan sanggup menggunakan najis sendiri untuk dijadikan ramuan ilmu hitam menundukkan mereka.

Isteri terbabit tergamak menuruti arahan bomoh supaya najis itu dikeringkan sebelum dimasukkan ke dalam makanan suami.

Dengan bacaan jampi serapah tertentu, bomoh terbabit mendakwa najis yang dikeringkan selama beberapa hari itu dikatakan berupaya ‘mengikat’ suami.

Wartawan Harian Metro yang menjalankan siasatan mengenai ilmu hitam itu berkesempatan bertemu seorang wanita yang terjebak dengan perbuatan bertentangan dengan ajaran Islam itu, baru-baru ini.

Wanita terbabit mengaku pernah berbuat demikian terhadap suaminya, bagaimanapun enggan gambarnya dirakamkan bimbang perbuatan lampaunya diketahui keluarga dan suaminya.

Mulanya, dia enggan menceritakan pengalaman buruk itu tetapi selepas dipujuk berulang kali, akhirnya wanita itu bersetuju berkongsi kisah duka dalam hidupnya.

Dia yang hanya mahu memperkenalkan diri sebagai Ima, 32, mendakwa masalah rumah tangga dialaminya itu bermula selepas tujuh tahun berkahwin.

Ima yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Cheras memperoleh dua cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan suaminya, seorang kerani.

“Pada awal perkahwinan, semuanya berjalan baik walaupun kami kerap menghadapi masalah kewangan terutama membayar khidmat pengasuh dan membeli kelengkapan harian anak berusia dua dan empat tahun.

“Melalui rakan sepejabatnya, saya mendapat tahu dia mula nakal dan menjalin hubungan cinta dengan seorang pegawai wanita yang juga sudah berumah tangga,” katanya.

Setiap kali ditanya berhubung perkara itu, suaminya akan naik angin dan keluar dari rumah serta tidak pulang hingga berhari-hari.

Lebih mengecewakan apabila Ima mendapat tahu suaminya turut bermain cinta dengan beberapa gadis lain di pusat permainan snuker hingga sanggup menghabiskan duit gaji setiap bulan.

Menurut Ima, seorang rakan mencadangkan dia berubat dengan beberapa bomoh.

Antara bomoh yang pernah ditemuinya seorang wanita tua di pinggir ibu kota.

Melalui wanita yang dikenali sebagai Ibu Siti, dia diyakinkan amalan yang diberikan mampu mengikat semula hati suami supaya kembali semula ke rumah dan menyayangi keluarga.

“Pada malam Jumaat, saya mengambil keputusan menemui Ibu Siti selepas diberikan alamatnya oleh rakan.

“Saya disuruh bomoh itu membuang air besar di tandasnya. Dia menyuruh saya mengambil sedikit najis dan berikan kepadanya,” katanya.

Dia gusar suruhan pelik itu, tapi tetap mengikutinya berikutan terdesak untuk memenangi hati suami.

Dengan najis itu diletakkan di atas sudu, kata Ima, bomoh berkenaan terkumat-kamit membaca sesuatu.

Bomoh itu mengajar cara penggunaan najis terbabit walaupun mulanya dia tidak sampai hati melakukannya.

“Bomoh itu menyuruh saya masukkan sedikit najis itu ke dalam makanan suami sebaik ia kering selepas dijemur dan suami pasti berubah dan sentiasa merindui saya,” katanya.

Selepas mengamalkan petua jijik berkenaan, dia berkata, suaminya yang sebelum itu sering keluar rumah, mula berubah dan kerap bersama dia dan anak.

“Perubahan itu benar-benar menggembirakan. Namun, beberapa bulan selepas mengamalkannya, saya menyedari perubahan aneh apabila suami menjadi murung, pendiam dan kurus.

“Dia seolah-olah hilang semangat dan kerap jatuh sakit. Perubahan fizikal dan mentalnya itu menyebabkan saya sedar ia berpunca daripada tindakan saya,” katanya.

Justeru, Ima dihantui rasa bersalah kerana suaminya masih di bawah pengaruh ilmu hitam itu.

Walaupun tidak lagi liar katanya, ubat guna-guna itu menyebabkan suaminya bagai orang bodoh dan kerap lupa banyak perkara.

Menurutnya, dia mencari pengamal perubatan Islam bagi memulihkan suaminya.

“Saya tidak mahu mati sebagai isteri derhaka dan tidak diterima tanah.

“Mungkin ketika itu saya terlalu jahil agama sehingga melakukan perkara bercanggah dengan Islam,” katanya.

Baca 2. Jgn nk buat2 xnmpak pulak. hoho. Memang, kadang2 si suami pon salah. Tapi wajar ke isteri amek jln pintas dgn buat benda yg x d redhai Allah? Cemburu tandanya sayang. Tetapi! Kalau dh sggup buat mcm 2, sayang lg ke nama nya?? Semua orang pernah melakukan kesilapan. Sebab 2 kita d beri peluang utk bertaubat. Sama2 kita pikirkan yg terbaek utk diri sendiri ye. Moga2 segala apa yg kita doakan utk kebaikan, akan menjadi kenyataan. Amin~

6 comments:

Si Kawaii said...

Ish.. seram je dgr..
geli je buat benda tu sume..
plus benda tu berdosa besar..
kalo ye pon nak lembutkan hati suami byk cara lain yg boleh dilakukan..
Insaf2 la..

Ajelip™ said...

owhoo. itule pasalnya! nk wt cmne. masing2 ada otak, pikiaq la sndiri kan..

NARDtheNERD said...

teruk teruk.
huhu.

Syue said...

eee, makan najis kering manusia. pehhh, gila la. gelinyaa T__T

Unknown said...

bertaubat lah kepada sesiapa yg cuba menganiaya suami sendiri....

nIsYa said...

lame tak jengok budak nih! Hehee

haa cepat2 bagi mama menantu.jangan sibok 24 jam ngan meow2 je. Bak sini seko dua :)

seram part2 nasi kangkang nih! Garang cam ne pun suami,tak patot la wat cmtu...