Jun 9, 2010

MARI MENGENAL ENCIK2 KAMBING



     HOHO. Anda msti keliru. Ye, memang aku minat kucing. Tetapi aku pon suka kambing. Cuma xley bela aje. uhhuuk! Kenapa agaknya aku berminat dgn kambing? Aku suka sgt sebut K.A.M.B.I.N.G.. Bukan sebab aku ni xsuka mandi ye. Tapi makin lama, aku dapati, diorg ni makin cute. Dulu aku menyampah tgk kambing. Dgn janggut la, mkn rumput la, igt stylo kot. Hahaha. Jahil nya dulu.

Baru kini aku sedari, suma ciptaan ilahi sangat2 cute dan comel. Xkesah la mereka berwarna apa pon. Mereka tetap makhluk Tuhan kan. Kali ini aku akn mengajak kamoo semua mengenal kambing dgn lebih dekat. Mari ikot aku ~



Ini namanya Encik Boer!


Asal usul Kambing Boer pada dasarnya tidak begitu jelas, tetapi ramai penyelidik mempercayai ia mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika yang menjadi binatang ternak suku Namaqua Hottentots dan suku asli yang berhijrah dipanggil ‘Souhtern Bantu’.

Boer adalah binatang yang kuat dan mantap, konformasi badan yang baik. Kaki nya pendek , tegap , berisi serta paha dan bahagian belakang yang tegap dan berotot. Ianya jelas menggambarkan ciri-ciri kambing daging yang baik. Nota: Ciri-ciri Boer Standard boleh diperolehi dari : TEKAN SINI.

Kambing Boer Jantan mencapai berat 110-135 ketika matang manakala kambing betina 90-100 kg. Daging Boer terkenal tentang keenakannya. Buat masa ini ia mendapat pasaran yang begitu tinggi di Amerika Syarikat terutama untuk kacukan Boer yang mempunyai 75% atau lebih darah Boer. Boer kini menjadi kegilaan pengusaha/penternak di Malaysia (selain Peranakan Ettawah/PE) dan banyak negara di dunia. Akhir-akhir ini baka Boer dan Boer Kacukan semakin sukar diperolehi.



Haa, ini Encik Katjang! Bukan Kajang. hoho


Kambing Katjang yang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Ia merupakan baka asas yang perlu dipertingkatkan. Walaupun ianya kecil dan pendek, kambing Katjang amat tahan lasak Mengikut kajian Jabatan Perkhidmatan Haiwan, hanya 40% kambing tempatan yang dilihat dikampung-kampung merupakan kambing Katjang (asli) , selebihnya adalah kambing kacukan dengan pelbagai baka yang telah dibawa masuk ke Malaysia.

Selain dari saiz badannya, ia mempunyai tanduk yang melentur ke atas dan kebelakang. Telinganya tegak kesisi dan janggut terdapat pada kambing jantan dan jarang pada kambing betina. Dari pandangan sisi, mukanya kelihatan lurus dan tirus. Lehernya pendek dan bahagian belakang lebih tinggi dari bahu. Kulit badannya nipis tetapi berbulu kasar.

Warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok putih dikaki atau badan.Purata ketinggian 55-60 cm. Kadar kelahiran kembar adalah baik dan pengeluaran susu adalah sedikit ia itu 0.3 kg/hari (3 bulan pertama) dan 0.2 kg/hari (4-6 bulan). Berat lahir ialah 1.6 kg (Jantan) dan 1.8 kg (Betina) manakala berat dewasa , 25-30 kg (Jantan) dan 20-25 kg (Betina).





Yg ni paling otai! Encik Jamnapari.


Kambing Jumna Pari atau Jamnapari mengambil nama sempena sungai Jamna (Jamna par) di Uttar Pradesh , India dimana ia banyak terdapat. Kambing Jamnapari juga banyak terdapat di Agra,Mathura dan daerah Etawa di Uttar Pradesh , Bhind dan daerah Morena diMadhyaPradesh.

Jamnapari bersaiz besar. Terdapat kepelbagaian warna bulu. Walaubagaimanapun warna putih dengan sedikit (patches) warna gelap di kepala dan leher merupakan warna yang biasa kelihatan. Hidungnya amat cembung (highly convex nose line) dengan sekelompok bulu diatasnya. Mulut nya berbentuk ‘parrotmouth’ . Telinganya amat panjang (26.79cm) , berlipat dan jatuh kebawah. Kedua-dua jantina mempunyai tanduk (8.69cm). Ekor pendek dan kurus. Bulu yang tebal dan panjang di bahagian paha dan pinggul , dikenali sebagai ‘feathers’ merupakan ciri yang utama. Jamnapari juga dipanggil kambing dwi-guna kerana pengeluaran susunya yang baik selain daging. Labu susunya berkembang baik seperti baka-baka susu dengan puting susu yang besar.



Baik je yg ni. Nama d beri Encik Saanen (tenusu).


Saanen berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Ia merupakan baka kambing tenusu yang popular. Secara am nya ia sejenis haiwan yang tenang , tidak mudah teruja (placid nature).

Kulitnya berwarna tan atau olive dan diliputi bulu putih atau krim yang halus & pendek (short fine white coat).Tompok hitam mungkin terdapat dikulit telinga, hidung dan labu susu. Hidungnya lurus dan muka berbentuk segitiga. Telinganya sederhana dan tegak kesebelah dan kedepan. Tanduk didapati pada jantan dan betina dengan kekacang dileher. Ekornya tipis dan pendek dan mempunyai kaki lurus dan kuat.

Berat lahir adalah 3.0 kg (Jantan) dan 3.3 kg (Betina) sementara berat dewasa 68-91 kg (Jantan) dan 36-63 (Betina). Tinggi yang ideal untuk Doe adalah 81 sm dengan berat lebih kurang 61 kg, manakala Buck, 94 sm dan berat 81 kg. Pengeluaran susu dibawah pengurusan yang baik di Malaysia boleh mencapai lebih 3 kg/hari (Purata 2 – hampir 5kg/hari) atau pun 500 kg – 1200 kg untuk tempoh laktasi 250 hari (purata 800 kg). Kandungan butterfat susu 3-4%.



Mcm tau org amek gmbr. Nama nya Encik Toggenburg.


Toggenburg juga berasal dari Switzerland dan dipercayai baka kambing tenusu yang tertua diketahui. Ia dipercayai baka tenusu yang paling kecil (didalam kelasnya) tetapi padat. Namanya mengambil nama lembah Toggenburg di daerah Obertoggenburg, Switzerland.

Kambing susu yang amat popular selepas Saanen terutama di Amerika Syarikat. Togs merupakan ternakan yang robust, aktif dan sentiasa bertenaga. Warnanya dari coklat kekuningan (light fawn) ke coklat gelap. Terdapat jalur putih dari mata ke muzzle, hujung telinga, lutut ke kaki serta belakang/pinggul (rump) dan ekor. Ketinggian yang ideal ialah 79 sm untuk Doe dan 90 sm untuk Buck. Ciri-ciri lain seperti berat lahir dan pengeluaran susu begitu menghampiri Saanen. Purata butterfat susu 3.7%.



Nama dua beradik ni pulak ialah Encik British Alpine. hoho. Mat salleh daa

Baka British Alpine dikembangkan di Great Britian pada awal 1900an. British Alpine merupakan binatang yang berbadan tinggi, ranggi dan berpenampilan anggun.. Telinga tegak dengan sedikit mengarah ke depan. Belakang lurus dengan sedikit tinggi dibahagian pinggul. Kakinya kuat dan lurus. Pengeluar susu yang baik , amat sesuai dinegara beriklim sejuk dan tidak sesuai dipersekitaran yang mempunyai kelembapan udara yang tinggi. British Alpine berwarna hitam dengan jalur putih dimuka. Bulunya pendek, halus dan berkilat. Kambing jantan selalunya mempunyai bulu yang lebih panjang.Tinggi yang ideal adalah 83 sm untuk Doe dan 95 sm untuk Buck.



Yang terakhir ni Encik Anglo Nubian!


Badan lebih besar dan tinggi dari kambing kacang Tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, Bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan bewarna campuran hitam dan kekuningan.

Tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Dwiguna-daging/pengeluaran susu .
Berbadan besar, telinga panjang dan melampai ke bawah. Hidung melengkung ke bawah dan kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 cm. Kebiasaannya tidak mempunyai tanduk, bulu badan yang pendek. Bulu coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.

Itulah anak2 serba sedikit pasal kambing. Kenapa? Banyak ke nk baca? Hoho. Kalo xlarat, baca la sikit2 okeh? Biasakan diri membaca seblom tido. Ape2 bahan bacaan pon xpe, yg elektronik atau x.. Asalkan yg memberi manfaat pd kita. Banyak faedahnya membaca ni anak2 sekalian. Cehh, mcm la aku rajin membaca. Ape pon, sama2 kita tingkatkan produktiviti. Huehue. Setakat ini dahulu. Jom berdengkur beramai2!   ~ zZzZzZzZzZzZzZzZzZzZzZ ~

5 comments:

Anonymous said...

kamu sudah layak jadi pakar kambing :)

Ajelip™ said...

haha. baru terbaca tadi..

Mr Sang Kut said...

wow...mau share kah?

starzieti said...

pena tengok kmbing boer dpn mate, besar gilaks..

Ajelip™ said...

silakan sape2 nk share :)